PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KAMI #PILIHSIHAT

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan logo bagi program MedTweetMY 2019 yang diberi nama kami #pilihsihat atau we #choosehealthy.
  2. Memberi peluang kepada semua follower MedTweetMY untuk menyertai program MedTweetMY secara lebih dekat.
  3. Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada follower MedTweetMY untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo ini.

 

SYARAT DAN PERATURAN

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua follower MedTweetMY
  2. Seorang peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan. Walaubagaimanapun hanya satu logo terbaik sahaja akan dinobatkan sebagai pemenang.
  3. Semua logo yang diterima oleh urusetia adalah menjadi hak milik MedTweetMY.
  4. Keputusan Juri pertandingan adalah muktamad. Segala bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

 

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

  1. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh diangap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  2. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.
  3. Reka bentuk logo perlu dihantar menggunakan soft copy menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian (Sekiranya menggunakan AI atau software lain, sila lampirkan logo dalam bentuk JPEG bersama).
  4. Setiap reka bentuk logo dan warna yang digunakan harus tidak kurang daripada dua warna dan tidak melebihi empat warna. Warna hitam dan putih tidak diambil kira sebagai 1 (satu) warna.
  5. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
  6. Konsep penciptaan logo adalah bercirikan kesihatan, gaya hidup aktif dan memasukkan nama Kami #PilihSihat, serta MedTweetMY
  7. Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah menarik, jelas, mudah difahami dan kemas.

KRITERIA PEMARKAHAN

Bil Komponen Markah
1 Rasional Logo 20
2 Rekabentuk logo 20
3 Penggunaan Warna 10
4 Penggunaan tulisan dan font 20
5 Saiz dan topografi 20
6 Penceritaan Logo 10
Jumlah Pemarkahan 100

 

Nota: Sekiranya frasa ‘Kami #Pilih Sihat’ atau ‘MedTweetMY’ tidak terkandung di dalam Logo, penyertaan logo tersebut secara terbatal secara automatik

 

BORANG PENYERTAAN

  1. Setiap peserta hendaklah mengisi Borang Penyertaan yang disediakan. Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman web medtweetmy.com
  2. Satu borang penyertaan adalah bagi SATU penyertaan sahaja. Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama-sama hasil karya logo.
  3. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk soft copy (soft copy dalam format .ai beserta .jpeg atau .jpeg sahaja)
  4. Penyertaan yang dihantar melalui email kepada afidasohana@gmail.com, sila lampirkan kepada (cc) medtweetmyofficial@gmail.com
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Oktober 2019

HAK CIPTA

  1. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang menyertai (sekiranya perlu) dan logo yang terpilih akan digunapakai atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi MedTweetMY dan menjadi HAK MILIK MedTweetMY SEPENUHNYA.

 

KATEGORI HADIAH

  1. Pemenang-pemenang dalam pertandingan ini akan menerima Sijil Penyertaan, Hadiah iringan dan Wang Tunai seperti berikut:
    1. Johan RM 500.00
    2. Hadiah kedua RM 300.00
    3. Hadiah ketiga RM 200.00
  2. Hadiah wang tunai adalah sumbangan WhiteCoat Enterprise.
  3. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan diberikan sijil penyertaan.
  4. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat atau emel

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia berikut :

Dr Afida Sohana Awang Soh

Setiausaha MedTweetMY

Email : afidasohana@gmail.com atau medtweetmyofficial@gmail.com

Twitter : @afidasohana