Parkinson menjejaskan beribu-ribu rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas.
Apa itu penyakit Parkinson?
Penyakit Parkinson ialah gangguan otak yang membawa kepada gegaran, kekakuan dan kesukaran berjalan, keseimbangan dan koordinasi.¹
Gejala Parkinson biasanya bermula secara beransur-ansur dan menjadi teruk secara berkala. Apabila penyakit itu berlanjutan, pesakit mungkin mengalami kesukaran berjalan dan bercakap.¹
Mereka juga mungkin mengalami perubahan mental dan tingkah laku, masalah tidur, kemurungan, kesukaran ingatan dan keletihan.¹
Statistik
Statistik
Lelaki dan wanita boleh menghidap penyakit Parkinson.¹
Penyakit ini dialami hampir 50% lebih ramai lelaki berbanding wanita.¹
Kebanyakan pesakit Parkinson mula menghidap penyakit ini pada kira-kira umur 60 tahun.¹
Kira-kira 5-10% penghidap Parkinson menghidap penyakit awal bermula sebelum umur 50 tahun. Penyakit awal (early-onset) Parkinson
kebiasaannya, tetapi tidak selalu, adalah penyakit diwarisi, dan ada antaranya yang telah dikaitkan dengan gen mutasi tertentu.¹
Jabatan Perangkaan Malaysia 2018 melaporkan bahawa bilangan Parkinson dijangka meningkat lima ganda daripada anggaran semasa 20,000 kepada 120,000 menjelang 2040.²
Diagnosis
Penyakit Parkinson adalah penyakit yang tidak mudah untuk dikesan.
Menyiasat gejala
Parkinson seharusnya hanya didiagnosis selepas berunding dengan pakar. Pakar akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan membuat pemeriksaan.⁴
Parkinson mempunyai banyak gejala yang mungkin berbeza-beza bagi setiap orang.⁴
Antara simptom PD adalah:
Pemeriksaan neurologi terperinci akan diadakan di mana doktor akan:⁴
-
- Memerhati untuk lihat jika muka bertopeng atau terdapat sebarang masalah dengan ekspresi muka.
- Memerhatikan gegaran atau kekakuan atau sebarang pergerakan perlahan.
- Memerhatikan nada suara yang lebih rendah dan lembut.
Antara gejala biasa Parkinson ialah:⁴
Ketegaran
Pergerakan perlahan (bradikinesia)
Gegaran
Kesukaran berpusing di atas katil
Keletihan
Kecenderungan untuk menulis dengan tulisan kecil.
Antara gejala awal ialah:⁴
Kurang deria bau
Kemurungan
Kebimbangan
Keletihan
Tidur terganggu
Sembelit
Doktor pakar anda akan memeriksa untuk mencari tanda-tanda biasa Parkinson. Anda mungkin diminta untuk:⁴
Tulis atau lukis – untuk melihat sama ada tulisan anda kecil atau beransur pudar
Berjalan – untuk melihat sama ada terdapat pengurangan dalam ayunan semula jadi lengan anda atau dalam panjang dan kelajuan langkah anda
Bercakap – untuk melihat sama ada suara anda lembut atau kurang kelantangan
Rawatan
Terdapat pasukan profesional pelbagai disiplin termasuk pakar saraf, pakar bedah saraf, pakar neuropsikologi dan pakar psikiatri yang boleh menjaga pesakit. Selalunya pesakit yang menghidap penyakit Parkinson atau gegaran mungkin akan menjalani ujian simptom motor dengan dan tanpa rawatan perubahan untuk menilai keterukan penyakit.⁵
Rawatan untuk setiap pesakit Parkinson adalah berpandukan gejala mereka.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pilihan rawatan yang tersedia, anda boleh muat turun kad maklumat dan berbincang dengan doktor anda.
Apa yang perlu anda lakukan jika anda fikir anda menghidap penyakit Parkinson?
Penjagaan pakar boleh meningkatkan kualiti hidup bagi penghidap Parkinson. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mendapatkan penjagaan pakar mempunyai risiko komplikasi yang lebih rendah dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dan lebih lama.
Semua pesakit mengalami Parkinson dengan berbeza. Dapatkan rawatan awal bagi menguruskan simptom Parkinson unik anda dan memaksimumkan kualiti hidup anda.
Dengan mengambil kira perkara ini, adalah penting untuk anda berjumpa pakar untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan mempertimbangkan pilihan rawatan yang terbaik.
Anda boleh menghubungi pakar Parkinson (Gangguan Pergerakan) untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan lanjutan.
Penafian
Maklumat yang tekandung dalam halaman ini tidak mewakili satu cadangan perubahan. Jika terdapat keraguan, sila dapatkan nasihat doktor.
Halaman ini bukan platform untuk mempromosikan sebarang produk atau Doktor (Pakar Penjagaan Kesihatan). Halaman ini hanyalah bertujuan untuk mendidik pesakit tentang Penyakit Parkinson dan cara pengurusan gejala untuk kualiti hidup yang lebih baik.
Rujukan
- National Institute of Aging, US Department of Health And Human Services: Available at: https://www.nia.nih.gov/health/parkinsons-disease#:~:text=Parkinson’s%20disease%20is%20a%20brain,have%20difficulty%20walking%20and%20talking.
- Malaysian Parkinson’s disease patients expected to rise fivefold — here’s what you need to know. Available at: https://www.malaymail.com/news/life/2019/04/11/malaysian-parkinsons-disease-patients-expected-to-rise-fivefold-heres-what/1742188?utm_source=FBdlvr&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2zoQ4LNecSY7rIxdzkJ6_6SSDjn_J2JOWMW7irLJu5iVIy7UVg8KUa9LY
- The Malay Mail: Based on the mentioned in reference no.2 – Gleneagles’s Post: Available at: https://www.malaymail.com/news/life/2019/04/11/malaysian-parkinsons-disease-patients-expected-to-rise-fivefold-heres-what/1742188
- How is Parkinson’s Diagnosed. Available at: https://www.parkinsons.org.uk/information-and-support/how-parkinsons-diagnosed
- Treatment for PD. Available at: https://www.aans.org/en/Patients/Neurosurgical-Conditions-and-Treatments/Deep-Brain-Stimulation
Engineering the extraordinary
2022 Medtronic Malaysia Sdn. Bhd.
Upcoming Events
There are no upcoming events at this time.
Our Office
NO. 2B, JALAN PAUH KIJANG, KG. MALAYSIA TAMBAHAN
57100 SG. BESI
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR