Pembahagian Sumbangan COVID19MTM
Kita bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang tabung #COVID19MTM. Belum cukup 24 jam tabung sudah mencecah RM169,000. Kita terkedu dengan kemurahan dan keprihatinan seluruh penderma.
.
Bagi menyempurnakan pembahagian sumbangan agar terus sampai ke tangan sasaran, kita ingin umumkan beberapa pelan perlaksanaan menyeluruh. Pelan perlaksanaan ini melibatkan beberapa badan NGO professional lain. Kolaborasi ini amat penting agar segala sumbangan tuan puan sampai ke akar umbi tanpa melibatkan pihak ketiga yang cuba mengambil kepentingan.
1. Pelan Kolaborasi dengan IMARET.
![imaret](https://medtweetmy.com/wp-content/uploads/2020/03/Imaret-covid19-180x180.jpeg)
Kita mengharapkan kolaborasi ini dapat mengurangkan kos yang boleh dikongsi bersama seperti pengangkutan, logistik dan karenah birokrasi lain. Bentuk sumbangan yang akan kita berikan nantikan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui akaun Tweeter rasmi MedTweetMY.
Semoga kolaborasi ini akan memacu lagi kemudahcapaian kita kepada rakan-rakan barisan hadapan yang sedang berjuang habis-habisan.
“We can go fast alone but we will go further together. insyaAllah”
2. Pelan Sumbangan Tudung Frontliner
![tudung](https://medtweetmy.com/wp-content/uploads/2020/03/Tudung-covid19-180x180.jpeg)
Buat masa ini kita telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 1000 helai tudung untuk petugas frontliner di hospital hasil sumbangan pelbagai pihak. Tudung yang praktikal, mudah sarung dan cepat kering ini akan digunakan bagi tujuan itu. Tudung berkenaan akan ditinggalkan di hospital bagi tujuan dekontaminasi dan sanitasi sebaiknya sebelum digunakan semula pada keesokan hari.
Semoga mereka bergembira dengan sedikit usaha dan sumbangan tuan puan ini.
3. Projek Khemah Frontliner COVID-19
![khemah](https://medtweetmy.com/wp-content/uploads/2020/03/Khemah-covid19-180x180.jpeg)
Khemah khas frontliner amat penting bagi mengurangkan pertemuan fizikal dengan pesakit lain. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM. Namun khemah yang dibekalkan agak terhad dari segi ruang kerja, panas dan tidak selesa semasa saringan COVID-19 dijalankan.
Setelah berbincang dengan pihak berwajib, kita bersetuju untuk menampung sekadar mampu Khemah Frontliner. Kita berharap dengan menyediakan khemah dan aircond, tempat bekerja mereka lebih selesa dan mereka dapat menjalankan amanah serta tanggungjawab dengan lebih fokus dan selesa.
4. Projek Makanan dan Kebajikan Petugas Frontliner
![food](https://medtweetmy.com/wp-content/uploads/2020/03/Food-Covid19-180x180.jpeg)
Kita telah pun bekerjasama dengan caterer di pelbagai lokaliti untuk membekalkan mereka dengan makanan yang sihat.
Semoga pekerja barisan hadapan kekal bertenaga dan berkhidmat untuk negara