Pembahagian Sumbangan COVID19MTM

Kita bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang tabung #COVID19MTM. Belum cukup 24 jam tabung sudah mencecah RM169,000. Kita terkedu dengan kemurahan dan keprihatinan seluruh penderma.
.
Bagi menyempurnakan pembahagian sumbangan agar terus sampai ke tangan sasaran, kita ingin umumkan beberapa pelan perlaksanaan menyeluruh. Pelan perlaksanaan ini melibatkan beberapa badan NGO professional lain. Kolaborasi ini amat penting agar segala sumbangan tuan puan sampai ke akar umbi tanpa melibatkan pihak ketiga yang cuba mengambil kepentingan.
1. Pelan Kolaborasi dengan IMARET.
imaretIMARET (Islamic Medical Association Relief & Response Team) adalah NGO rasmi yang telah diluluskan oleh KKM sebagai agensi penyampaian bantuan NGO. Sikap keprihatian dan volunteerism IMARET bukan sahaja dalam isu COVID-19 tetapi isu-isu bencana lain seperti santunan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar beberapa tahun lepas.
Kita mengharapkan kolaborasi ini dapat mengurangkan kos yang boleh dikongsi bersama seperti pengangkutan, logistik dan karenah birokrasi lain. Bentuk sumbangan yang akan kita berikan nantikan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui akaun Tweeter rasmi MedTweetMY.
Semoga kolaborasi ini akan memacu lagi kemudahcapaian kita kepada rakan-rakan barisan hadapan yang sedang berjuang habis-habisan.
“We can go fast alone but we will go further together. insyaAllah”
2. Pelan Sumbangan Tudung Frontliner
tudungSesuatu yang agak vital bagi petugas wanita di lapangan adalah tudung. Oleh kerana semua pakaian mereka mesti melalui proses dekontaminasi dan pemakaian gaun biru (PPE) tersebut perlu berlapik, maka pemilihan tudung amat penting. Namun mereka merintih, stok tudung peribadi sudah kekurangan, menyebabkan mereka terpaksa memakai lapik yang dibuat dengan kertas atau plastik. Memang, jika dilihat, kita sendiri boleh menitis air mata. Tetapi itulah pertarungan yang harus mereka hadapi. Samada ianya mendatangkan ketidakselesaan, rimas, panas dan segala perasaan yang bercampur baur, mereka terpaksa! Bayangkan juga ada petugas yang terpaksa memotong rambut cantik mereka kerana tidak selesa dengan peluh dan mengambil masa yang lama untuk kering! Kita sendiri mungkin tidak sanggup berada dalam kasut mereka. Tetapi itulah perjuangan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia!.
Buat masa ini kita telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 1000 helai tudung untuk petugas frontliner di hospital hasil sumbangan pelbagai pihak. Tudung yang praktikal, mudah sarung dan cepat kering ini akan digunakan bagi tujuan itu. Tudung berkenaan akan ditinggalkan di hospital bagi tujuan dekontaminasi dan sanitasi sebaiknya sebelum digunakan semula pada keesokan hari.
Semoga mereka bergembira dengan sedikit usaha dan sumbangan tuan puan ini.
3. Projek Khemah Frontliner COVID-19
khemahPemakaian PPE (personal protective equipment) wajib dan penting dipakai bagi membenteng para petugas dari Virus bahaya ini. Namum pemakaian PPE sungguh panas dan tidak selesa. Kita mendapat aduan dari wira dan wirawati frontliner bahawa mereka sentiasa dalam keadaan berpeluh apatah lagi dengan cuaca di malaysia yang panas dan lembab.
Khemah khas frontliner amat penting bagi mengurangkan pertemuan fizikal dengan pesakit lain. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM. Namun khemah yang dibekalkan agak terhad dari segi ruang kerja, panas dan tidak selesa semasa saringan COVID-19 dijalankan.
Setelah berbincang dengan pihak berwajib, kita bersetuju untuk menampung sekadar mampu Khemah Frontliner. Kita berharap dengan menyediakan khemah dan aircond, tempat bekerja mereka lebih selesa dan mereka dapat menjalankan amanah serta tanggungjawab dengan lebih fokus dan selesa.
4. Projek Makanan dan Kebajikan Petugas Frontliner
foodKita tahu betapa sibuknya petugas barisan hadapan dan ada yang tidak sempat untuk makan minum dan berehat. Kita berbincang untuk meringankan beban dan memudahkan urusan mereka mendapatkan makanan., kita akan hantar.
Kita telah pun bekerjasama dengan caterer di pelbagai lokaliti untuk membekalkan mereka dengan makanan yang sihat.
Semoga pekerja barisan hadapan kekal bertenaga dan berkhidmat untuk negara